Thursday, September 8, 2011

Jana Pendapatan RM50-RM500 Sebulan Dengan Konsep Ini?

Salam & hai pembaca blog yang dikasihi,

Tajuk entry kali ini adalah sesuatu yang benar. Saya akan ceritakan kepada anda bagaimana cara untuk menjana pendapatan RM50-RM500 sebulan tanpa perlu anda simpan stok, memproses tempahan & menghantar produk.

Menarik kan?

Sepatutnya, saya boleh gantikan angka tersebut kepada RM500-RM5000
sebulan tetapi saya gusar akan membuatkan anda ‘excited’ sehinggakan boleh membuat anda lupa tentang risiko di dalam perniagaan.

Rahsianya ialah dengan konsep “dropshipping“.

Secara ringkas dropshipping adalah konsep perniagaan yang mana anda dapatkan produk setelah ada pembelinya.

Maknanya, sepanjang proses promosi produk kepada para pelanggan anda hanya menggunakan gambar sahaja untuk menggambarkan produk. Sama ada gambar produk dipersembahkan di dalam bentuk katalog, laman web atau sebagainya.

Bila ada pelanggan yang berminat, barulah anda mendapatkan produk tersebut dan serahkan kepada para pelanggan. Di sinilah proses anda mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, saya menjual kasut dengan harga RM30 sepasang dan menyediakan gambar kasut tersebut untuk tujuan promosi.

Anda mengambil gambar kasut tersebut dan masukkan ke dalam Facebook
dengan harga RM45 sepasang. Setelah anda ‘tag’ beberapa kawan yang
berminat dengan kasut, ada salah seorang daripada mereka berminat untuk mendapatkan kasut tersebut.

Kawan anda perlu masukkan duit terlebih dahulu sebelum anda dapat menghantar barang tersebut. Setelah kawan masukkan duit RM45 kepada anda, maka anda keluarkan RM30 untuk membeli kasut daripada saya yang mana saya terus hantarkan kepada alamat kawan anda.

Melalui proses jual beli sepasang kasut ini sahaja, anda telah mendapat untung RM15!

Jadi perniagaan produk secara ‘dropshipping‘ ini mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:

1) Tanpa perlu modal yang besar kerana tidak perlu membeli stok dan simpan.

2) Risko yang amat rendah kerana tidak perlu modal.

3) Menjimatkan masa kerana tidak perlu menghantar produk.

Dan banyak lagi.

Jadi, agak-agak anda dah dapat idea tak bagaimana nak

Jika anda nak tahu, anda boleh muat turun laporan PERCUMA Fenomena Bisnes Dropship di sini.

No comments:

Post a Comment