Catering Services Tags: baju kurung fesyen 2010, busana pengantin moden, busana pengantin terkini, katering negeri sembilan, kenduri kahwin, meja beradap, nasi minyak, pelamin moden contoh, rahsia perkahwinan, raja sehari, seremban, tema biru perkahwinan, terbaru 2010, tip kahwin ShareKali ini tema biru perkahwinan akan kami ulas di sini. Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Biru lembut sememangnya sesuai untuk majlis perkahwinan yang diadakan pada waktu siang. Selain daripada itu, warna-warna lembut seperti hijau daun pisang, merah jambu air, offwhite juga memang menjadi pilihan bagi mempelai yang mengadakan majlis di waktu siang hari yang tentunya panas. Perkahwinan yang dilangsungkan di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan ini menjadi pilihan kerana suasana dan gaya hiasan pelamin, meja makan beradap dan juga khemahnya memang amat menarik dan bagus jika dijadikan contoh. Walaupun diadakan di atas ruang yang agak sempit, tetapi pihak katering mampu memanipulasikan ruang untuk mendapatkan suasana yang luas dan nyaman.
No comments:
Post a Comment