Anda tau tak..... kalau anda xde duit modal pun anda bole buat duit kat internet ni.. Hmm.. Cuma kalau nak tarik pelawat ke blog kita agak susah la sket kecuali kalau anda aktif berforum.. boleh buat signature anda pada setiap post anda.. Hari ini saya cuma hendak ceritakan tentang satu cara yang mungkin boleh membantu golongan penganggur atau pelajar universiti yang hendak buat duit di internet. Saya yakin ramai dikalangan anak-anak muda ini yang suka bersosial diruang-ruang friendster, facebook, myspace dan banyak lagi. Tapi apalah salahnya jika mereka turut meluangkan masa untuk menambah pendapatan di internet. Bukankah itu lebih bermanfaat dan mampu membuatkan mereka berbeza daripada rakan-rakan mereka yang tidak berbuat apa-apa? Bukan saya mengatakan bahawa meluangkan masa di internet itu tidak bagus atau berdosa besar. Cuma tak salah bukan kita buat sesuatu yang memanfaatkan diri kita?